click click!!

:: Mood ::

:: Mood  ::
Senyum Aje .. =)

Friday, 10 June 2011

:: Peringatan as a WIFE ::

hmmm...topik ni mmg amat penting bila once kita SAH menjadi hak suami kita....~~!

Puan El mmg sgt2 realized tentang ni setelah menjadi isteri kepada En. Suami Apis..byk peringatan yg diberikan oleh En. Suami Apis kepada Puan El...ok, meh kita share bersama2 dan beringat ye...juga kepada b2b.

1) Terima lah suami kita hendakNYA dan jgn sesekali kita mengecilkan hati dia or memperkecilkan. Once kita mengecilkan hati dia without his forgiveness, Neraka menunggu kita....dosa dicatatkan dibahu kiri kita. on da spot tau!

2) Hormatilah suami kita walaupun di mana kita berada.. sentiasalah senyum di hadapan suami kita. kerana senyuman seorg isteri tidak sama pahala nya sewaktu kita masih bujang. 10x ganda pahal kita bila kita senyum.. besar tu pahala dan mudah kita perolehi..

3) Jagalah adab dan tatasusila kita bila berada dikhalayak ramai. dan juga bersama bukan muhrim. Ini mungkin di tempat kerja, di luar bangunan office maupun di mana2 sahaja..penting! sbb ape yg kita lakukan setiap gerak geri kita, Suami yg menanggung....=).

4) Pakaian dan personaliti....sgt penting! tutuplah auratmu. tidak kira dibelakang suami atau di depan suami bila ditempat awam.. aurat itu wajib! kewajipan kita sebagai suami adalah menjaga MARUAH suami. dan ini adalah salah satu bagaimana kita menjaga maruah suami.

5) Hendaklah meminta izin terlebih dahulu bila kita hendak keluar walaupun keluar bekerja. keizinan itu perlu kerana SYURGA isteri di bawah telapak kaki suami....urgent mane sekalipun, kita perlu meminta izin suami. setelah diizinkan,baru lah kita pergi. sekiranya suami tidak mengizinkan, kita perlu ikut kata suami. jgn memain ye mereka-mereka...~~!!

6) Layanlah suami mereka-mereka seperti seorang raja. makan minum nya dijaga, pakaiannya dibersihkan dan disediakan, dan sewaktu dengannya.. pahala begitu mudah didapati sekiranya kita melayan suami kita sebaik mungkin. Nikmatnya hanya di akhirat nti akan diketahui kelak... walaupun dgn bersenyum, pahala tetap dicatitkan....mudah kan???

7) Meminta maaf kepada suami sebelum tidur. ini penting ya! sbb kita tidak tau bila ajal kita dan ajal org lain. selain meminta maaf, kita hendaklah memaafkan suami kita dan org lain dgn ikhlas walaupun mereka melakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja.. InsyaALLAH, Allah permudahkan hidup kita..

8) Sewaktu tidur, JANGAN sesekali membelakangkan suami. dalam satu hadis ada mengatakan bahawa seorg isteri tidak boleh membelakangkan suami. pasni, kalo tidur ngadaplah suami mereka-mereka ye...=). wpun tidak biasa, lama2 akan biasa jugak....hiii..

9) Jangan bercerita tentang permasalahan rumah di tempat keje or kepada org lain even kepada ibu dan ayah kita...hendaklah selesai secara baik dgn suami. tidak perlu digemburkan kepada org lain. sekiranya masalah tidak dpt diselesaikan jugak, baru lah kita menggunakan org ketiga. either parents or kwn baik kita. ingat tau mereka-mereka..~~

10) Sentiasa menutupi segala masalah rumahtangga didepan org ramai. walaupun masih bergaduh, tetapi dikhalayak ramai hendaklah kita berbuat seperti biasa dan tersenyum seperti tiada apa yg berlaku dgn pasangan kita..

byk lg...nanti Puan El update lg peringatan ini...=). semoga peringatan ini membantu ye...

:: Auf Wiedersehen ::

4 comments:

Taman Raudhah said...

Bagus peringatan ni untuk Isteri2 di luar sana..juga untuk wanita yg bakal imenjadi Isteri kelak..
sy suka baca post Puan El :)

Taman Raudhah said...

Bagus peringatan ni untuk Isteri2 di luar sana..juga untuk wanita yg bakal imenjadi Isteri kelak..
sy suka baca post Puan El :)

Taman Raudhah said...

Bagus peringatan ni untuk Isteri2 di luar sana..juga untuk wanita yg bakal imenjadi Isteri kelak..
sy suka baca post Puan El

Elni Nadra said...

thanks taman raudhah...
ni berdasarkan pengalaman saya. b4 ni saya xlengkap, skrg ni alhamdulilah,saling melengkapi. :)
btw, thanks sbb sudi baca blog saya. :D