click click!!

:: Mood ::

:: Mood  ::
Senyum Aje .. =)

Monday, 15 July 2013

Awan Mengikut Orang Yang Bertaubat

Di riwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada sorang anak jirannya. Ketika gadis itu menjalani tugas urusan keluarga di desa lain, si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dengan mengajaknya menikmati kesempatan untuk bermesra. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Mesikpun aku sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah. 

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar dan hatinya gementar ketakutan, tenggoroknya kering dan semakin berdebar, dia lalu berkata. "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak." 

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang kehausan dan nyaris mati, ia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka melihat gumpalan awam berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia, lalu mengikuti tukang jagal tadi lastas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga ditempat itu. Maka lelaki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorangpun akan berada di situ."

credit kepada Jiwa Mukmin Sejati.


Ya Allah ya tuhanku, terasa diriku ini terlalu kerdil di depanMu.
Engkau ampunkanlah dosa-dosaku yang lampau, Engkau ampunkanlah dosa-dosa org mukmin hendaknya. 

Ya Allah, ku bersyukur masih diberi nafas untuk hidup dimuka bumi ini, berikanlah aku jalan yang dapat membimbingku dan keluargaku.. Sinarkanlah kehidupan kami dengan Al-Quran. Basahkanlah bibir kami ini sentiasa dengan zikrullahMu, lembutkanlah hati kami dengan doa-doa penerangMu, ringankanlah sendi-sendi kami dengan solat-solatMu, dan siapsediakan kami dengan amal jariah hendaknya...


Ya Allah, Engkau terimalah sujudku, ruku'ku,solatku, puasaku, amal jariahku serta doaku. Ya Allah, taubat ini satu rahmat rezeki yang telah Engkau limpahkan kepadaku. 

Ya Allah, janganlah Engkau haramkan rahmatMu kepadaku,janganlah Engkau haramkan rahmatMu kepadaku, janganlah Engkau haramkan rahmatMu kepadaku......

Sesungguhnya, aku hanya hambaMu yang masih memerlukan perhatianMu. aku hanyalah hambaMu yang masih berusaha ke arah kepada kebaikan jauhi laranganMu. 


"Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina 'aza bannar"
 Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka

No comments: